Tuesday, January 13, 2009

Tittle>> ::..hidup tak selalunya indah..::

entry kali ni aku ingin menyingkap tentang hidup..aku tak tau dari mana aku harus mula.tapi apa yang pasti dan boleh aku katakan, yang hidup kita ni takkan selalunya indah..kalau anda pengikut cerita2 pada blog aku ini,korang pasti tau kalau aku katakan yang salah seorang kawan aku bernama AZRINAH a.k.a JAJA telah jatuh sakit.even sakit yang dia alami adalah sakit biasa & boleh dimiliki oleh semua org,tapi bagi aku ini adalah satu kedukaan buat JAJA yang dia harus terima.aku tau aku bukanlah kawan yang baik,tapi aku sangat mempedulikan kawan2 aku..even kadang2 mereka tak nampak yang aku mempedulikan mereka, aku tak kisah.. aku tak memerlukan balasan dari setiap apa yang aku lakukan kerna aku lakukan semuanya dengan hati yang ikhlas..
ini bukan laa kisah dongeng tapi kisah benar yang baru saja berlaku baru2 ni..aku diberitahu oleh seorang lagi kawan aku yang bernama SARA tentang keadaan JAJA..Sara kata JAJA sakit & dibedah.alangkah terkejutnya aku bila mendengar berita itu.aku difahamkan yang JAJA menghidap penyakit apendiks.mungkin bagi segelintir org, apendiks ni penyakit ringan yang xkan membawa maut..
tapi hakikatnya,pandangan itu SALAH sama sekali.apendiks memang penyakit ringan tapi ianya juga boleh membawa maut sekiranya dibiarkan begitu saja.siapa sangka,JAJA yang begitu sihat dengan tubuh badan yang berisi boleh menghidap penyakit itu.aku benar2 tak sangka.kesian JAJA..then,aku ngan Sara pun pergi melawat JAJA di hospital.setibanya kami di sana,JAJA sedang tidur.tapi tidak lama kemudian,dia tersedar. aku sangat simpati melihat keadaan dia..tiada lagi JAJA yang kuat semangat yang dapat aku lihat saat itu.
bayangkan saja,JAJA yang sekuat itu pun boleh tidak dapat bertahan dengan kesakitan pembedahan,apatah lagi mereka yang berbadan kecil & lemah semangat,,pasti akan menangis sehingga bengkak mata.oleh kerana tidak dapat menahan kesakitan,JAJA minta nurse utk memberi suntikan MORFIN.aku benar2 bersimpati ke atas JAJA..

p/s: buat JAJA,aku harap ko tabah menghadapi ujian ALLAH ini..moga ko cepat sembuh & boleh menjalani hidup spt dulu lagi..AMIINN..

No comments: