Wednesday, July 29, 2009

Tittle>> ::..13 Rahsia Cinta Lebih Hebat..::

Di dalam hubungan percintaan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi penekanan. Namun bagi sesetengah pasangan, mereka selalu mengabaikan aspek ini dengan alasan ia tidak begitu penting.
Namun harus diingatkan, bercinta sebenarnya bukan peluang untuk anda sentiasa difahami, sebaliknya bercinta adalah satu proses untuk anda membentuk persefahaman agar saling memahami di dalam apa jua situasi.
Di alam percintaan, ia secara tidak langsung memerlukan anda berkorban dan bertolak ansur antara satu sama lain. Apa yang penting dan perlu dititik beratkan ialah percintaan yang terjalin mampu memberikan kebahagiaan kepada anda dan pasangan.
Bagi mengukuhkan lagi perasaan cinta di antara anda, anda perlu memahami satu persatu tentang prinsip serta falsafah cinta. Dengan cara ini pasti ianya dapat membuka mata dan fikiran anda supaya lebih menghargai cinta.
Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, anda perlu mengetahui 13 rahsia yang menjadikan cinta anda dan pasangan menjadi lebih lancar dan membahagiakan walaupun kadang kala cinta yang yang terjalin tidak kesampaian.
1. Jika seseorang yang istimewa hadir di dalam hidup anda dan dengan beberapa sebab tertentu dia terpaksa pergi, anda harus merelakannya. Jangan terlalu bersedih dan terimalah hakikat bahawa dia tercipta bukan untukmu. Walaupun tidak dapat bersama untuk selamanya, sekurang-kurangnya dia pernah hadir membahagiakan anda. Sentiasa percaya kepada jodoh kerana jika dia memang ditakdirkan untuk anda, walaupun sejuta halangan yang mendatang, dia pasti akan tetap menjadi milik anda.
2. Jangan cuba melarikan diri daripada cinta apabila cinta sudah berada di hadapan anda. Sentiasa menghargai insan yang menyayangi dan mencintai anda. Bukan mudah untuk mencari cinta kerana cinta selalunya hadir dengan hati yang tulus dan niat yang ikhlas.
3. Sentiasa berani berhadapan dengan risiko. Di alam percintaan semestinya pelbagai halangan akan ditempuhi. Hanya mereka yang benar-benar berani mampu merasai cinta yang sejati. Ingat peluang bukan selalu hadir dan mungkin itulah peluang sekali seumur hidup yang akan kamu temui. Maka apabila bertemu dengan orang yang sesuai, rebut peluang itu dan jangan biarkan dia ternanti-nantikan balasan cinta anda.
4. Belajar menghargai orang lain yang sentiasa setia di saat anda susah ataupun senang. Jangan sampai anda mengalirkan air mata akibat menyesal kerana membiarkan cinta berlalu begitu sahaja. Sudah lumrah manusia yang selalu tidak menghargai seseorang yang menyayangi kita sehinggalah orang tersebut pergi meninggalkan kita. Saat itu pasti tiada sesiapa yang akan menemani anda lagi.
5. Terdapat banyak bintang di langit, tetapi hanya sebutir bintang yang benar-benar menyerlah dan mampu menarik perhatian anda. Tetapi awas, jangan terlalu asyik memandang keindahan kemilau bintang sehingga lupa kepada rumput yang dipijak. Mungkin pasangan anda sekarang bukanlah seorang yang benar-benar sempurna di mata anda, tetapi kebijaksanaannya melayan anda, berjaya menutup kekurangannya.
6. Jangan terlalu memilih. Sentiasa ingat bahawa tiada seorang manusia pun di dunia ini yang sempurna di dalam setiap aspek. Apa yang penting sentiasa berfikiran positif dan memberi peluang kepada insan yang anda sayang buktikan kebolehannya. Anda juga harus ingat, kesempurnaan dalam cinta tidak akan dapat dicapai sekiranya anda tidak berusaha bersama.
7. Cinta itu selalu membuatkan anda gembira walaupun ia kadang kala melukakan. Oleh sebab itu berikanlah cinta sejati kepada mereka yang benar-benar layak. Ini kerana bukan semua orang boleh bertahan apabila mengalami kelukaan yang diakibatkan oleh cinta.
8. Kepercayaan kepada pasangan adalah amat penting. Tanpa sikap saling mempercayai antara satu sama lain, hubungan yang terbina sudah pasti tidak akan mampu untuk bertahan lama. Jadi untuk mempercayai seseorang yang anda cintai, anda mesti membuatkan dia sentiasa mempercayai anda terlebih dahulu. Apa yang penting, sentiasa yakin dan jangan sesekali selitkan perasaan ragu-ragu terhadap pasangan apabila perasaan percaya itu telah mula wujud di dalam jiwa anda berdua.
9. Cinta memerlukan masa untuk anda menyedarinya. Walaupun ada yang percaya kepada cinta pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa untuk insan yang seorang lagi merasai kehadiran cinta anda. Perasaan sayang dan kasih juga perlu dipupuk dan itu semua memerlukan masa supaya cinta yang terbina menjadi utuh buat selamanya.
10. Jangan sesekali berputus asa apabila wujudnya persaingan untuk merebut cinta. Anda perlu yakin dengan kehebatan dan keistimewaan anda. Namun jika anda gagal setelah berjuang, itu membuktikan anda seorang yang matang dan sentiasa positif apabila berhadapan dengan kegagalan. Tetapi sekiranya anda berjaya merebut cintanya, itu pastinya menjadi kenangan paling manis untuk anda kenang di sepanjang hidup anda.
11. Jangan bertangguh atau takut untuk meluahkan rasa hati. Biarkan dia tahu rahsia hati anda dan berikan dia sedikit masa untuk memikirkannya. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah apabila anda memberitahu insan yang anda sayang betapa penting dan istimewanya mereka di dalam hidup anda. Dengan itu anda pasti akan berasa puas dan lebih yakin untuk meneruskan kehidupan.
12. Cinta itu berasaskan pengorbanan dan tolak ansur. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu kelemahan dan kekurangan diri anda tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima serta mencintai diri anda seadanya. Jika kamu menemui insan sebegini, jangan sekali-kali melepaskannya kerana dia sudah pasti jodoh terbaik buat anda.
13. Sentiasa bukakan hati anda kepada insan yang anda sayangi. Jangan sekali-kali meraguinya kerana keikhlasan yang dipamerkan sudah pasti akan dapat dirasai oleh hati yang sentiasa dipenuhi oleh cinta suci.
Dipetik dari: http://www.gua.com.my

Friday, July 10, 2009

Tittle>> ::..SLMT ULANGTAHUN SYG..::

Happy birthday to me..

Happy birthday to me..

Happy birthday to ADEQ..

Happy birthday to meeeeeeeeeeeeee..

Heheh,lawak2..nyanyi lagu buffday utk diri sendiri..kueng3..

Hmm..sebenarnya ulangtahun aku dah pun berlalu pada 2 July.. entry ni pun sebenarnya dah lama aku tulis tapi aku xpublish lagi sbb xcomplete..almaklum laa org bekerja kan..so terpaksa la tulis sket2 smpai mana yg sempat..(sori laa bg mereka2 yg dah menunggu entry khas adeq ni..)

Actually aku nak kongsi sket ke'GUMBIRA'an hati aku ni..bukan nak menunjuk-nunjuk..tapi memandangkan blog ni salah satu tempat untuk aku luahkan suka & duka,so aku coret laa kat sini..

Hmm,dah lama jugak aku rasa aku tak mengarut kat blog aku ni..sawang2 pun dah makin keriangan menyawangi blog aku ni..(huhu,aku pening dgn kata2 sendiri)..

Seperti mana yang kowang tau & xtau,baru2 ni aku telah menyelebrate (celebrate) BIRTHDAY aku yg ke-24 (waah,dgn bangganya aku mengisytiharkan umo aku tahun ni)..even every year aku celebrate birthday aku,tapi bagi tahun ni ada sedikit kelainan..bukan dari segi sambutannya,tapi dari segi pemberian & yang menghadiri..

Yang mana 1 ULANGTAHUN yang amat..amat..amat..bermakna dalam hidup aku..dgn perasaan yang girang girangan,suka sukaan & happy happyan menyelubungi diri aku..tak pernah aku bayangkan yang aku akan alami kegembiraan ini..so PRECIOUS..

Macam besa laa..bila dah buffday pasti ada adiahnya kan??kowang nak tau x adiah apa yang aku dapat utk tahun ni?? ok jap..jap..kowang tutup laa mata dulu..baru surprise..(^.^)

Ok,are u ready????let me count in 5 second..

5..

4..

3..

2..

1..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Hah,ini laa adiah yang aku dapat tahun ni..
Sgt berharga buat sesiapa saja yang menerimanya howkey..aku benar2 xsangka yang aku akan dapat keta ini dengan cepat..ya laa,mmg sblm ni kan aku pernah kata yang aku nak beli keta ni..cuma kalernya saja yang berbeza..aku teringin nak ada keta kaler putih yang dilengkapi ngan aksesori GARFIELD yang comel kat dalam & luarnya.. then tertera sticker nama aku dgn sebesar2nya..(waah,tinggi sgt kan angan2 aku)..tapi apa2 pun,aku tetap bersyukur & berterima kasih atas pemberian ini..

THANX EVERYBODY..I LOVE U ALL..

EMMMMUAAAAAH..’

Ok,tutup ceta tentang adiah tu..selain dari adiah tu,sebenarnya ada benda lain lagi yang buat aku rasa sgt gembira..nak tau apa?jap..jap..jap..tutup mata lagi..hehehe..

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Mereka2 ni laa yang buat aku rasa tersangat happy..dowang ni laa yang telah mengabulkan angan2 aku..tanpa dowang,aku pun tak tau sama ada aku mampu memiliki adiah tadi tu or x.. thanx 1ce again..
tapi apa yang PALING PENTING di hari jadi aku ialah..tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

hah,ini laa orgnya..tanpa insan ni,mungkin aku akan berasa happy yang kureng happy(leh faham ka apa yang aku karutkan ni?)

Nway,4 all yang dah terlibat dalam menjayakan celebration of my 24th birthday party,thanx a lot..

JASAMU TETAP DIKENANG..

family adalah segalanya..

ok laa,utk mencuci mata,lihat laa gambar2 yang ada sepanjang sambutan harijadi itu dijalankan..